Penulisan Akademik GKK1043
Menurut
Kamus Pelajar Edisi Kedua (2015),senaman membawa maksud latihan gerak badan
untuk meningkatkan kesihatan badan,ataupun boleh dipanggil riadah.Senaman
merupakan aktiviti yang sangat penting kepada diri setiap individu kerana boleh
memberikan impak yang positif pada fisiologi tubuh badan kita. Fisiologi merujuk pada fungsi dan proses
dalam sistem tubuh badan manusia, seperti sistem pernafasan,sistem peredaran
darah dan sistem otot (Kulanz,2010).Sekiranya individu kerap bersenam,maka daya
tahan kardiovaskular dan ketahanan ototnya akan meningkat.Berdasarkan data
daripada ujian pre dan post Standard
Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) serta Bleep
test,saya telah mengesan perubahan
secara fisiologi pada diri saya setelah menjalani aktiviti fizikal seperti
senaman.
Pertama sekali,perubahan fisiologi yang saya boleh nampak ialah daya
ketahanan otot yang meningkat.Semasa melakukan ujian pre SEGAK,saya dapat melakukan tekan
tubi hanya sebanyak 10 kali.Namun begitu,pada ujian post
SEGAK,saya berjaya melakukan tekan tubi sebanyak 14 kali.Selain itu,saya juga
meningkat dalam ujian ringkuk tubi separa.Sebelum ini,saya hanya boleh
membuatnya 8 kali,tetapi,pada ujian terakhir,saya berjaya membuat sebanyak 13
kali.Hal ini menunjukkan bahawa latihan-latihan yang saya buat untuk menambah daya
tahan otot berkesan. Kemampuan untuk menghasilkan daya
yang sama berulang kali pula merujuk kepada daya tahan otot.Saya telah
melakukan aktiviti untuk meningkatkan ketahanan otot seperti squat.
Jurulatih dan Pengurus Operasi Bangi Fitness, Norhaliza Md Said (2020) berkata, senaman squad boleh membantu membentuk
otot-otot di bahagian kaki seperti peha dan betis di samping menguatkan
bahagian core body.Oleh itu,kini,saya mempunyai daya tahan otot yang
lebih baik setelah menjalankan pelbagai aktiviti secara konsisten.
Seterusnya,saya
mendapati bahawa saya menunjukkan peningkatan yang positif dalam bleep test
dan ujian naik turun bangku bagi SEGAK..Saya hanya mampu mencapai level 2-6 bagi pre
test ,namun,keputusan tersebut meningkat pada post test, iaitu saya berjaya
sampai pada level 2-8.Di samping itu,bagi ujian naik turun bangku,saya
mencatatkan bilangan nadi sebanyak 190 denyutan semasa pre test, manakala
jumlah denyutan nadi bagi post test pula ialah 180.Kedua-dua keputusan
ujian ini menunjukkan yang saya mengalami perubahan fisiologi,di mana,daya
tahan kardiovaskular saya semakin meningkat.Hal ini boleh terjadi apabila saya
telah melakukan aktiviti fizikal yang meningkatkan kercergasan seperti senaman
aerobik dan berjoging.Menurut Department of Health & Human Services of
Victoria (2013),aktiviti seperti berjoging dan berlari mempunyai banyak
faedah,termasuklah meningkatkan daya tahan kardiovaskular seseorang
individu.Hal ini kerana senaman tetap akan meningkatkan kecekapan sistem
peredaran darah dengan membesarkan otot jantung, membolehkan lebih banyak darah
dipam pada setiap degupan,yang membekalkan lebih darah ke otot yang bekerja.Konklusinya,senaman
kardio yang dilakukan telah meningkatkan kecergasan saya.
Kesimpulannya,senaman
yang konsisten dapat meningkatkan kesihatan seseorang individu.Kesihatan
tersebut merangkumi kedua-dua kesihatan fizikal dan mental.Siti Nadirah
Hafidzin (2019),menyatakan bahawa menjadikan senaman sebagai rutin akan dapat
mengatasi tekanan hidup.Oleh yang demikian,setelah menjalani pelbagai aktiviti
semasa kelas GKK1043 Kesihatan dan Kecergasan seperti mendaki bukit serta
menjalani latihan kendiri,saya memahami kepentingan senaman dengan lebih
baik.Hal ini kerana perubahan fisiologi yang ditunjukkan setelah menjalaninya mengagumi
saya.Saya faham bahawa konsistensi dalam melakukan senaman juga merupakan kunci
kepada perubahan yang positif terhadap tubuh badan.Harapan saya ialah saya akan
terus melakukan senaman untuk mengekalkan kesihatan yang baik pada masa
hadapan.
RUJUKAN
Kamus Pelajar
Bahasa Malaysia. Edisi kedua, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2015
Kulanz Salleh.
(2010, June 26). Kesan Senaman Dari Aspek Fisiologi Dan Kesihatan. Scribd.
https://www.scribd.com/document/214676960/Kesan-Senaman-Dari-Aspek-Fisiologi-Dan-Kesihatan#
Muhamaad Razis Ismail. (2020, March 30). Senaman di rumah. HM Online. https://www.hmetro.com.my/WM/2020/03/560157/senaman-di-rumah
Department of Health & Human Services. (2013, July 31). Running and
jogging - health benefits. Better Health Channel. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/healthyliving/running-and-jogging-health-benefits#
Siti Nadirah Hafidzin. (2019, March 18). Bersenam atasi stres. HM
Online. https://www.hmetro.com.my/hati/2019/03/434908/bersenam-atasi-stres
0 Comments